TUMPANG LALU
Seperti yang semua sedia maklum, kerajaan telah memberi baucer buku sebanyak RM200 kepada pelajar yang menuntut di universiti.
Aku pun tak terkecualilah. Jadi, dengan perasaan yang bergelora, aku ni pun pergilah ke kedai buku yang 'agak asing' bagi aku :D
Aku pun mulalah memburu di dalam kedai tersebut dengan yakin. Yelah, dapat duit free untuk shopping. Sapa tak yakin ye tak ?
Pada mulanya, aku nak cari buku untuk subjek kos aku. Aku rasa macam tak jumpa. Mungkin ada, tapi mintak maaflah tak perasan pula. Al-maklumlah, orang rabun. hahaha. (Excuse yang macam haram)
Cari novel ? kihkihkih. Baik aku baca kamus.
Alat tulis ? Yeah ! Itulah yang aku mahu !
Then, aku pun mulalah jalan-jalan cari alat tulis yang aku berkenan dan sambil-sambil tu, aku pun humming lagu yang berkumandang kat dalam kedai tu.
Jalan jalan jalan jalan tetibe ada roadblock di antara bookshelf yang aku tengah jalan-jalan tu. Seorang makcik dengan anak dia yang block sebab tengah khusyuk tengok alat tulis.
Aku pun cakaplah tumpang lalu cik. Tumpang lalu cik. Tumpang lalu cik. Banyak kalilah jugak. Last-last anak dia yang memang dari mula-mula lagi perasan pun suruhlah mak dia ketepi, ada orang nak lalu katanya.
Bila dah ada space sikit, aku pun lalulah belakang dorang. Sambil lalu tu, aku pun nak jugaklah senyum kat makcik tu dan ucap terima kasih, dengan harapan dia bisik kat orang yang tengah berdiri sebelah dia yang aku ni ada ciri-ciri menantu pilihan. *blushing**
Agak-agak dah lepas, aku pun cakap "Terima Kasih". Dia pun balas dengan "jelingan manja" dan cakap "Eisshhhhhh !"
Bulat terus mata aku weyh !
Tapi bila ingat balik macam kelakar pun ada.
Adoiyai. Makcik oo makcik. Kenapalah buat perangai. Saya baru je nak panggil makcik, KAKAK.
Bye !

1 comment:
haha :)
Post a Comment